Saturday, October 10, 2009

Streamyx problem

Tengahari tadi ada masalah nak online dengan Streamyx sebab modem ADSL langsung tidak boleh hidup. Ingatkan extension power yang problem. Setelah dicuba pada beberapa plug power yang lain, masih juga tidak berhasil.

Akhirnya telefon bahagian teknikal Streamyx. Setelah semakan dibuat, walaupun tempoh warranty sudah melebihi 1 tahun, nasib baiklah modem ADSL masih ada life time warranty. Pihak Streamyx akan hantar pegawai teknikal untuk menukarkan modem ADSL.

Mula2 operator Streamyx bagitau seawal-awalnya boleh dapat modem gantian pada hari Isnin nanti, rupa-rupanya petang ni dah dapat call dari teknikal Streamyx

Setelah beberapa ujian dilakukan, rupa-rupanya dapat dikenalpasti yang modem ADSL tu masih lagi berfungsi, yang rosaknya adalah adapternya sahaja. Setelah ditukar menggunakan adapter yang lain, barulah modem tu hidup.

Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. Bimbang gak, kalau-kalau masalah ni berlarutan. Sudahlah aku tengah urgent nak online, buat assignment yang menimbung.

Terima kasih Streamyx, setakat ni aku puas hati lagi la dengan servisnya.