Thursday, November 5, 2009

MP3 Streaming

Untuk mereka yang ingin masukkan fail mp3 di dalam laman web dan seterusnya boleh play secara streaming, bolehlah gunakan kaedah ini.

Audio Player merupakan suatu plug-in yang dibangunkan khusus untuk blog wordpress, tapi bagi mereka yang ingin menggunakan selain dari template wordpress, bolehlah gunakan versi yang standalone. [Audio Player]

Saturday, October 10, 2009

Streamyx problem

Tengahari tadi ada masalah nak online dengan Streamyx sebab modem ADSL langsung tidak boleh hidup. Ingatkan extension power yang problem. Setelah dicuba pada beberapa plug power yang lain, masih juga tidak berhasil.

Akhirnya telefon bahagian teknikal Streamyx. Setelah semakan dibuat, walaupun tempoh warranty sudah melebihi 1 tahun, nasib baiklah modem ADSL masih ada life time warranty. Pihak Streamyx akan hantar pegawai teknikal untuk menukarkan modem ADSL.

Mula2 operator Streamyx bagitau seawal-awalnya boleh dapat modem gantian pada hari Isnin nanti, rupa-rupanya petang ni dah dapat call dari teknikal Streamyx

Setelah beberapa ujian dilakukan, rupa-rupanya dapat dikenalpasti yang modem ADSL tu masih lagi berfungsi, yang rosaknya adalah adapternya sahaja. Setelah ditukar menggunakan adapter yang lain, barulah modem tu hidup.

Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. Bimbang gak, kalau-kalau masalah ni berlarutan. Sudahlah aku tengah urgent nak online, buat assignment yang menimbung.

Terima kasih Streamyx, setakat ni aku puas hati lagi la dengan servisnya.

Sunday, August 9, 2009

pxe

#smbd start
#smbpasswd
#vi /etc/samba/smb.conf

Saturday, August 8, 2009

WinXP OS choices menu

Hmm... macam mana nak remove choices menu kat winxp ni.
ikutilah langkah2 ini.

  1. right click My Computer
  2. click Advanced tab
  3. click Settings pada Startup and Recovery
  4. click Edit pada popup window
  5. edit fail boot berkaitan
Settle.

[boot loader]
timeout=30
default=multi(0)disk(0)rdisk(0)partition(1)\WINDOWS
[operating systems]
multi(0)disk(0)rdisk(0)partition(1)\WINDOWS="Microsoft Windows XP Professional" /fastdetect /NoExecute=OptIn

Install WinXP tanpa floppy atau CD / DVD ROM

Baru-baru ni aku dapat satu kes untuk memasang Windows XP ke dalam laptop Acer Aspire 4520. Tetapi malangnya, laptop tu tak de disket mahupun CD-ROM. CD-ROMnya ada masalah yang menyebabkan tak boleh boot CD.

So, setelah bertanyakan pakcik Google. aku jumpa beberapa tools untuk menyelesaikan masalah ini. Akhirnya dapat juga aku install Windows XP ke dalam laptop berkenaan.

Agak2nya, kalau korang alami masalah ini. apa yang korang nak buat...

sementara aku siapkan guide tu, aku letak beberapa link utk aku rujuk untuk penyelesaian masalah tersebut. :D

http://www.lockstockmods.net/2008/04/26/easy-way-to-pxe-boot-windows/
http://www.hackorama.com/network/samba.shtml
http://www.plop.at/en/ploplinux.html#pxel5
http://tftpd32.jounin.net
http://www.bootdisk.com/bootdisk.htm
http://www.winimage.com/winimage.htm

apa pun, Linux telah membantu dalam penyelesaian masalah ini, terima kasih Open Source

Thursday, May 28, 2009

Easy Network Profiler

NetworkOffice.txt
CODE
#========================
# Interface configuration
#========================
pushd interface

reset all


popd
# End of interface configuration



# ----------------------------------
# Interface IP Configuration
# ----------------------------------
pushd interface ip


# Interface IP Configuration for "Local Area Connection"

set address name = "Local Area Connection" source = static addr = 192.168.5.3 mask = 255.255.255.0
set address name = "Local Area Connection" gateway = 192.168.5.1 gwmetric = 1
set dns name = "Local Area Connection" source = static addr = 202.188.0.133
add dns name = "Local Area Connection" addr = 202.188.1.5
set wins name = "Local Area Connection" source = static addr = none

save file as NetworkOffice.txt. Pastu dekat cmd prompt

netsh -f NetworkOffice.txt

Friday, May 22, 2009

How to create a table of contents for several documents

  • To create one table of contents for several documents, you need to do the following.
    • Create a separate document to hold the table of contents (this is the ToC document).
    • For ease, put all the documents, and your ToC document, in the one folder.
    • In your ToC document, use an RD (Reference Document) field for each document that you want to include in your Table of Contents.
    • To insert an RD field, do ctrl-F9 and, within the brackets that Word gives you, type RD "filename". For example { RD "Chapter 1.doc" }. You can't type the curly brackets by hand. You must do ctrl-F9.
    • If you can't put all your files in one folder, you must use double backslashes and double quotes. For example, { RD "C:\\My folder\\Chapter 1.doc" }.
    • In theory, you can use relative path names. But it never seems to work properly.
    • Use an RD field for each document that you want to reference, in order.
    • Create the Table of Contents in this ToC document in the usual way.
    • Remember the page number rule: "The Table of Contents will pick up whatever pagination appears in your document". It applies when using RD fields to create a ToC for many documents. You may have to set the starting page number manually in each document if you want pagination to run consecutively through your project.
    (Ref : http://www.shaunakelly.com/word/toc/CreateATOC.html)
---------------------------------------
Setelah digodek2, aku jumpa cara yang paling mudah nak dipraktikkan.

1. sediakan 2 dokumen ms word.
a) dokumen asal yang ada paging
b) dokumen kosong untuk tujuan meletak TOC (table of contents)

2. pada dokumen a), buat paging mcm biasa
3. pada dokumen b), taip dahulu RD dokumen_a.doc \f
4. highlight apa yang ditaip
5. tekan Ctrl+F9
6. Masukkan TOC mcm biasa
7. TOC akan memaparkan senarai kandungan dari dokumen a)

Selamat Mencuba. :D

Tuesday, May 5, 2009

MarketScore: Trojan Horse

Semalam laptop ada gangguan sedikit. Norton Internet Security asyik
detect Trojan Horse. Nasib baik Norton boleh block.

Tapi agak terganggu dengan prompt tersebut.
Bila disiasat, folder C:\windows\temp semakin besar.
penuh diisi dengan fail tmp yang agak besar saiz failnya.

setelah meng'google', jumpa la solution yg tak rasmi,
iaitu dengan buang application yang menyebabkan
masalah tersebut.

so, bila disemak kat add remove program, mmg ada
satu software yg entah bila diinstallkan, tiba-tiba je
ada pada 2 hari yang lepas. Nama software tu "RelevantKnowledge"
Bila dah uninstall software tu, semuanya kembali seperti biasa.

terima kasih.

Sunday, April 26, 2009

XMind


Salam,

Maaf sebab dah lama tak update, almaklum kerja banyak sangat sekarang ni. Paling tak boleh nak elak ialah assignment kelas yang perlu disiapkan.

Semenjak aku dah sambung belajar ni, aku nak kongsi satu software open source yang aku gunakan untuk aku compile segala nota kat dalam kuliah. Ini adalah software mind map yang paling best aku jumpa.

Korang boleh cuba download dan merasai sendiri pengalaman menggunakan software ini sendiri. Sama-sama kita kongsi, jangan lupa luangkan masa korang untuk bagi pandangan korang tentang software ni.

Klik sini --> XMind

Saturday, March 14, 2009

Mac OSX Leopard


Sesiapa nak mencuba install Mac OS X ke dalam PC dan Laptop masing-masing, sekarang tidak mustahil lagi. Dengan kos yang rendah, anda berpeluang merasai pengalaman menggunakan Mac OS X ni.

My Mac 4 All menyediakan panduan lengkap bagaimana untuk anda merasai Mac OS X. Macam biasa la. cuba dulu, baru tahu.

Aku sendiri pun dah mencubanya. Nanti aku akan upload screen laptop aku yang telah dipasang dengan Mac OS X Leopard ni.

Monday, January 26, 2009

Gong Xi Fa Choi


Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua pembaca blog akulinux. Tahun ni aku tak balik kampung pun. Selalunya aku mmg ambil cuti extra lagi dan balik kampung. Mmg terasa sunyi sket kat kawasan rumah aku ni, for sure ramai yang ambil peluang balik kampung.

Sekali sekala seronok gak, time cuti panjang2 ni tak balik kg. Cuma akan ada kesukaran nak bergerak sebab byk kedai yang tutup. So, tak tahu nak kemana, akhirnya lepak je kat umah. Nasib baiklah ada sambungan internet. aku rasa la kan, time2 mcm ni, internet mcm laju je, masa untuk mendownload pun cepat je. Kalau selalu mcm ni, bukan ke best ?

Friday, January 23, 2009

LibertyControl


Bagi korang yang selalu menggunakan laptop utk buat presentation, bolehlah cuba download software ni.

Dengan software LibertyControl ni, korang boleh control perjalanan slide powerpoint korang secara remote. jadi, bolehlah korang eksen sket depan penonton2 korang masa buat presentation.

Software ni memerlukan kemudahan gigibiru (bluetooth) pada laptop dan gigibiru pada handphone korang. so, jarak antara korang ngan laptop boleh jauh dengan syarat tiada halangan di antaranya.

Kalau nak password software ni, aku boleh kasi melalui email.

Selain dari control slide powerpoint, software ni boleh gak kontrol Windows Mediap Player kat laptop.

Oh yea. lupa aku nak kasi tau, software ini adalah untuk PalmOS. Aku gunakan software ni kat Palm Centro yang aku beli hari tu.

Okey, selamat meng'explore'.

Monday, January 19, 2009

Code Igniter


Aku agak, korang semua mesti pernah dengar pasal programming PHP. Ianya adalah satu bahasa pengaturcaraan web yang paling popular sekali (masa aku dulu). Tapi, skrg aku tak tahu samada masih popular atau tak. Yang aku tahu, aku dah lama tak sentuh bahasa programming PHP ni.

Kali terakhir aku bergelumang dengan PHP, aku jumpa satu framework PHP yang dinamakan Code Igniter. Memang syok dpt tahu tools ni, sebabnya kerja-kerja pengaturcaraan PHP semakin mudah dan senang diselenggara. Tools ni buatkan aku makin berkobar2 nak mengkoding. Kalau korang tak percaya, cuba la try kalu. Dah lama asyik buat coding biasa je, sampai masa untuk korang cuba menda baru plak dalam PHP ni.

Sekarang aku ada projek baru utk buat Aplikasi Web. So, aku nak try guna tools ni sebagai jalan penyelesaian. Harap2 berjalan dengan lancar.

Okiesss... adiooosss...

Sunday, January 18, 2009

Network kat rumah

Sebelum ni aku dah pun ada setup networking kat rumah aku ni. Terdiri daripada sebuah komputer desktop, server linux slackware dan switch hub 4 port. Network ni disambungkan kepada talian Streamyx. PC Desktop tu menjadi tempat untuk aku buat kerja dan melayari internet.

Time ada projek web programming (PHP), aku akan akses kepada server Linux Slackware tu. Tapi, kebelakangan ni aku sibuk, so server tu dah lama aku tak up. Makin banyak la habuk2 yang melekat kat server tu. Masa aku beli laptop tempoh hari, aku beli gak wireless broadband router. So sekarang ni aku dah bleh mobile kat rumah. Memang syok gitu, bleh buat keje kat mana2 pun.

Dengan kebolehan router, aku dah setkan router tu sebagai dialer kepada Streamyx. so, dengan hanya on kan router tu, aku dah pun online. Lebih mudah dari dulu. Kalau dulu, aku nak kena on kan dulu PC Desktop aku, dan upkan dialer streamyx.

Sekarang ni nak configure network dah semakin mudah, dengan modal yang tak seberapa je. yang penting kena la sentiasa ada keinginan nak mencuba menda2 baru. Lebih2 lagi dengan kemudahan internet 24 jam, macam2 ilmu kita bleh dpt. Gunakan dengan bijaksana.

mcm ni la rupanya router aku tu, amacam ? cantek tak. cute je kan.
Try la cari, murah je.






Aztech WL830RT4

Thursday, January 15, 2009

Software untuk laptop

Memang excited dapat laptop baru. Tak sabar2 nak install software. Tapi sebelum tu, aku explore dulu Windows Vista Home Edition yang sedia ada dalam laptop tu. Sebelum ni aku pengguna Windows XP, so terasa la excitednya tengok menda baru.

Untuk permulaan ni, aku install dulu software yang asas:
  • WinRAR
  • FinePrint
  • Winamp
  • Firefox
  • Palm Desktop
  • Waktu Solat

Tu hanya untuk permulaan shj, lepas ni mcm2 la kot.






Wednesday, January 14, 2009

Review Asus F8VR

Baru ni aku dah sambar satu laptop Asus yang aku berangan tu, so setelah beberapa hari menggunakan untuk keje2 assignment, antara perkara yang aku boleh perkatakan, berkenaan dengan laptop baru :-

  1. Beratnya memang betul2 terasa sket, lebih kurang 2.5kg, aku budget dalam 2.2kg lebih je.
  2. kalau guna laptop dlm bilik yang gelap, kalau menaip tu memang tak nampak apa yg kita tekan kat keyboard. Perkara yang tak pernah aku alami, sebab selama ni guna laptop kat bawah cahaya yang terang. Kalau dapat keyboard yang bleh mengeluarkan cahaya, mesti syok sket. :D
  3. port network kat belakang agak tersangkut sket sebab design laptop ni yang ada bonjolan. Tak menjadi masalah sgt, sebab aku akan gunakan wireless.
  4. Kebetulan tempat keluar udara panas tu bertentangan dengan kedudukan mouse (aku guna tangan kanan), so tak selesa nak pegang mouse sebab terasa bahang panas yang keluar dari laptop. Kena letak mouse jauh sket.
  5. Bunyi klik pada touchpad agak keras dan bising

Anyway, aku puas hati dengan laptop pertama aku ni, aku bleh bagi la 4/5 bintang.

Sunday, January 11, 2009

Kuda

Dah lama aku tak gelak sorang2. Dulu masa sekolah selalu baca majalah Ujang. memang tak kering gusi baca lawak antarabangsa diorang. Ni aku tempek satu citer lawak yang aku jumpa masa surfing.


Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar. ….tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk….PANG! !….diketuknya atas kepala si suami…..si suami yg terpinga2… ..bertanya. …. “Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??….si isteri pun menjawap…. “nah! awak tengok nih….sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’ ….si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….dgn tenang si suami menjawab…. ooo….itu nama kuda yg saya bertaruh semalam….. namanya Mary…..si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur….. Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!….kali ini dengan lebih kuat lagi!….si suami pun bertanya…. aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???…dengan selamba..si isteri menjawap…. “kuda awak telefon!!”.. …

p/s : aku dpt dr aWeKsOpAn wEbLoG

Saturday, January 10, 2009

Ubuntu Linux

Pagi tadi aku try pasang Ubuntu LiveCD,
tapi dukacitanya ada masalah dengan driver network yang
langsung tak dapat dikesan oleh Ubuntu samada wireless atau
pun cable. Mungkin sebab Ubuntu tu versi yang lama,
so tiada support lagi.

Nampaknya, aku tangguhkan dulu hasrat nak pasang Ubuntu kat laptop
baru ni. :D

Ambil peluang ni explore dulu Windwos Vista, sebab aku pun tak
pernah guna lagi. Biar expert gitu.

Laptop baru

semalam aku berjaya memiliki laptop yang aku duk idam-idamkan selama ni. terasa kopak gak poket ni, ye la.. beli secara cash gitu. tapi, sekurang-kurangnya aku takde hutang lepas ni.

aku harap dengan adanya laptop baru ni, boleh menjana pendapatan sampingan aku nanti. kalau tak, sia-sia je aku beli laptop ni.

tengok duk fikir2, apa projek nak buat ye. kepada korang yang nak buat web based application, bleh la contact aku. bleh aku cari duit lebih sket.

aku fikir nak format laptop ni, ermm... pastu buat dwi-boot, install linux UBUNTU. tapi, takut fikiran aku yang buntu plak. hehe.. dah lama tak main ngan linux ni. Guna Vista dengan RAM 4G pun terasa mcm tak cukup lagi, mmg kuat melantak la Vista ni.

Dengarkan

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti





Friday, January 9, 2009

Google Reader

Sekarang ni penggunaan kepada internet sudah semakin luas kat Malaysia. Buktinya, bilangan blog-blog kat internet yang makin hari makin pelbagai dan bilangan yang bertambah. Sampaikan budak-budak sekolah pun dah pandai mem'blog'kan diri. Korang pun tahu kan, kalau perkara berkaitan budak2 sekolah ni, cepat je tersebar sebab diorang suka kongsi2 dan mencuba menda baru.

Dengan kepelbagaian blog ni, tentu korang ada beberapa blog yang korang sentiasa nak mengikuti perkembangannya. so tiap2 hari korang mesti nak tengok ada update terbaru ke tak. Bilangan blog yang korang nak tenguk tu mesti bukan satu atau 2 je, sure banyak gak. So, korang simpan la address kat bookmark atau letak link kat blog korang sendiri. Tapi, kadang-kadang mesti tension gak bile masuk je blog tu, takde perkembangan terkini.. hehe..

Okey... untuk itu, aku perkenalkan satu tools baru yang aku dah guna untuk baca blog2 kegemaran aku sendiri. So, kepada yang belum jumpa penyelesaian ini, korang pun bleh cuba. Google Reader


Dengan tools ni, korang bleh himpunkan segala mak datuk jenis blog yang korang nak follow. Apa yang perlu ialah masukkan address blog yang korang berkenan tu. Google Reader ni berfungsi mcm email korang. Bila ada update kat blog berkaitan, terus korang bleh nampak kat ruangan Google Reader ni. So, tak perlu la nak check satu2. Haa... try la kalu, mesti korang suka punya.

Antara kelebihan-kelebihannya :
  • Korang bleh baca kandungan blog dengan lebih pantas sebab Google Reader hanya tangkap maklumat yang boleh dibaca (text) tanpa memaparkan hiasan2 atau iklan2 yang kadang2 tu melambatkan loading blog tu.
  • Korang bleh browse semua posting yang lepas2 dlm blog tersebut dengan pantas, tak perlu klik page by page... leceh je kan.
  • Kalau nak tengok blog mana yang update, senang je. dengan hanya satu klik dah bleh tengok semua. Korang baca la sampai pengsan
  • Menyediakan keyboard shortcut
  • ianya percuma.. so, try la hari ini.

Sunday, January 4, 2009

Asus F8VR

Terbaru sekali, aku target nak beli notebook Asus F8VR. Harga lepas diskaun dlm RM3,600. Tapi masih terfikir samada berbaloi ke tak, beli menda ni. hmm.. terasa mahal gak ye. Dengan adanya notebook ni nanti, fikirnya bleh la aku nak mobile sket, bwat keje kat luar nanti.

Perihal nak beli notebook mmg dah lama aku fikirkan. Macam-macam model dah aku tengok dan model ni yang terbaru sekali aku berkenan.

So, korang yang nak cari notebook mesti pernah mengalami masalah nak pilih notebook yang mcm mana kan. Yelah.. sekarang ni kat pasaran mcm-mcm jenis notebook ada dan harganya sudah pun murah dan boleh dimiliki oleh sesiapa shj hatta budak sekol.ah pun. Kalau berkesempatan pergi ke Plaza Low Yat, mesti rambang mata je tengok notebook yang dipamerkan, sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.

Bagi aku sendiri, antara kriteria yang aku tetapkan untuk notebook yang ingin aku beli ialah.

1. Skrin 14.1" (wide screen)
2. Berat 2.5kg ke bawah
3. Tidak panas (sesetengah notebook akan terasa bahangnya apabila on 1 atau 2 jam)
4. Tahan lasak
5. Rekabentuk cantik dipandang.
6. Design Keyboard yang selesa untuk menaip (kena test keyboardnya, baru ada feelnya..)
7. Ada graphic card


Intel® Core™2 Duo Processor P8600(2.4 GHz, 1066MHz, 3MB L2 Cache)
14.1" WXGA/WXGA+ Color-Shine (Glare-type),Asus Splendid Video Intelligent Technology
ATI Mobility™ Radeon® HD 3470, External 256MB VRAM
4GB DDR2 800 MHz SDRAM
320GB,5400rpm
1.3 Mega Pixel swivel web camera
10/100/1000 Base T
Built-in Bluetooth™ V2.1+EDR (optional)
Intel® WiMAX/WiFi Link 5100


Yang syoknya, kalau beli skrg bleh dpt free gift dalam 10 item. apa tu ? antaranya

1. ASUS 2nd Year Global warranty
2. ASUS NB Bag
3. ASUS Mouse
4. NB Lock
5. Cooler Pad
6. Cleaning Tissue
7. keyboard protection
8. Backpack
9. Laser Mouse
10. Headset

Okey gak kan. Penjimatan bernilai hampir RM899 (iklan kata)

Saturday, January 3, 2009

Prison Break



Aku sekarang ni tengah layan Prison Break Season 4. Download terus dari internet. Citer ni makin lama makin pening nak faham. Tapi makin menarik la jalan citernya. Sebab heronya yang berotak geliga tu yang buat aku tak miss downloadnya.

Tapi season sekarang nie dah jauh lari dari tajuknya (Prison Break), iaitu sudah tak ada kaitan lagi misi melarikan diri dari penjara yang betul-betul penjara.

Kalau orang yang baru2 nak layan citer ni, mesti pening dok memikirkan relevennya tajuk ngan jalan citer. hehehe... tak yah pikir, tengok dan layan je.

pada sesiapa yang susah nak cari port untuk download drama ni, just guna ja software LimeWire. Memang tiap2 minggu ada je seeder kat situ yang uploadkan.


Selamat Tahun Baru 2009M / 1430H

Selamat tahun baru 2009 Masehi / 1430 Hijrah aku ucapkan kepada semua,
dah lama tak update blog ini.
aku baru je try pindah blog ni ke akaun baru, tetapi
tak dapat nak maintain URL yang sama, so terpaksalah guna URL yang
baru ni (edit sket).

Macam biasalah, bila start je tahun baru semua orang dengan azam masing2 dalam kepala, aku pun turut terikut sama. Tapi takdelah fanatik sangat, aku biasa2 je. aku lebih tumpu pada yang kat depan mata je. Yang paling utama sekali, baru2 ni aku dah start sambung belajar semula. So, tahun ni aku kena gandakan usaha study aku. Setakat ni aku study sambil lewa je, tangkap muat je.

Memang mencabar gak, kalau kita bekerja sambil belajar (atau sambil belajar, kita kerja). Tapi, memang itu yang aku lalui sekarang. Hati kena kuat dan tabah. Sekarang nie aku tgh final exam. Berdebar2 dengan result yang akan keluar nanti, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Yakin boleh... tapi kalau result yang keluar tak menarik, sure akan tak bersemangat.. Tawakkal.. Tawakkal..

Okey.. sambung lagi.