Sunday, September 7, 2008

Keperluan asas dalam handphone anda

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

hari ni dah masuk 7 hari kita semua berpuasa di bulan Ramadhan. Tentu semua dah semakin serasi dengan keadaan puasa. Semoga semua yang berjalan dengan lancar sehingga 1 Syawal nanti, Insyaallah.

Kali ni aku nak kongsi beberapa keperluan yang perlu ada di dalam handphone yang korang dok guna sekarang ni. Ini sebenarnya keperluan aku gak bila menggunakan handphone.


1. Alert untuk missed call/unread sms
2. Jam Loceng untuk bangun pagi dengan bunyi yang mengejutkan :D
3. Boleh customize RingTone Telefon dan SMS Ringtone kepada mp3
4. Boleh set Kalendar beserta dengan jam loceng.
5. Kemudahan untuk memory card

Hmm.. apa lagi ye. mungkin korang boleh kongis apa lagi keperluan yang korang mesti ada dlm handphone korang.

OKey adioss..

Monday, September 1, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1429H / 2008


Hari ini adalah hari pertama berpuasa. Kebetulan pula jatuh pada 1 September 2008. Oleh kerana bulan September ada 30 hari, maka boleh dikira-kira yang 1 Syawal nanti jatuh pada 1 Oktober 2008.

Bersama ni, aku nak share jadual berbuka puasa. Korang bleh download dan cetak kat pc masing-masing.

Okey.. selamat berpuasa dan berbuka nanti.

p/s :- hmm.. mcm mana ye, aku nak uploadkan fail *.pdf dalam blogger ni. ada yang tahu caranya tak.

Saturday, August 23, 2008

Palm Centro


Ini target seterusnya untuk aku memiliki sebuah smartphone. Sebelum ni aku dah pernah guna PDA Palm Tungsten E2. Dan aku memang dah jatuh cinta pada Palm OS yang pada aku betul-betul user friendly. Sekali pandang, mungkin interface Palm OS ni tak berapa menarik dan tak up-to-date, tetapi tu semua tak penting sangat. Apa yang penting ialah ianya memudahkan kerja harian dan laju.

Hmm.. agak2nya bila bleh beli smartphone ni ye. Ada yang dah guna smartphone ni tak, kot2 bleh share pengalaman sikit.

Dulu ada hati gak, nak beli Smartphone Palm Treo, tapi bila tengok pada bentuknya yang agak besar, aku tak jadi la nak beli. So, skrang dah keluar design baru yang lebih kecil, buat aku nak beli satu.


Specs

Display 320x320-pixel Transflective colour screen; supports 16-bit colour (up to 65K colours)

Radio Quad band (850/900-1800/1900) GSM/GPRS/EDGE Class 10

Platform Palm OS 5.4.9

Bluetooth® Wireless Technology Version 1.2

Memory 64MB available user storage

Camera 1.3 megapixels with 2 x digital zoom and video capture

Battery Removable 1150mAh, lithium-ion up to 4 hours talk time, up to 300 hours standby time

Expansion microSD card (up to 4GB supported, sold separately)

Connector Multi-connector

Dimensions 107.2 mm (L) x 53.5 mm (W) x 18.6 mm (D); 124 grams

Colours Glacier White, Onyx Black

System Requirements Windows® XP
Windows Vista™
Mac OS X v10.2-10.4

Sunday, August 17, 2008

Kemerdekaan



Sempena bulan kemerdekaan ni, bersama-samalah kita hayati lagu ni. memang best. teringat zaman Tun Dr. Mahathir dulu.

:)

Hello World

Begitulah ucapannya "hello world" bila buat sesuatu tutorial bahasa programming yang baru. Kali aku pun nak guna "hello world" untuk merasmikan blog aku yang entah keberapa entah.

Kat sini aku nak bersama-sama kongsi pengalaman dan ilmu yang aku ada dengan opensource, terutama sekali berkaitan dengan Linux. Walaupun, aku guna Linux hanya sebagai hobi shj, mudah-mudahan dapat manfaatnya bersama2.

Dalam masa yang sama, aku pun guna gak software dalam Windows sebab ianya merupakan tools yang digunakan kat tempat aku kerja, kalau tak suka, mcm mana nak buat keje. Betul tak.

Baru ni aku ada cuba Linux Ubuntu, pada pandangan aku la, Ubuntu memang betul-betul "user friendly". Kalau dulu, nak install satu software pun, memerlukan masa yang lama. Tetapi, dengan Ubuntu, semuanya mudah.

Walaupun mudah, ilmu yang dapat ketika guna linux sebelum ni betul2 berguna. kalau takde dulu, takde la skrg. yang dulu-dulu tu adalah asas untuk yang ada sekarang ni. Bak kata orang tua, "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Okies, jumpa lagi.