Friday, January 9, 2009

Google Reader

Sekarang ni penggunaan kepada internet sudah semakin luas kat Malaysia. Buktinya, bilangan blog-blog kat internet yang makin hari makin pelbagai dan bilangan yang bertambah. Sampaikan budak-budak sekolah pun dah pandai mem'blog'kan diri. Korang pun tahu kan, kalau perkara berkaitan budak2 sekolah ni, cepat je tersebar sebab diorang suka kongsi2 dan mencuba menda baru.

Dengan kepelbagaian blog ni, tentu korang ada beberapa blog yang korang sentiasa nak mengikuti perkembangannya. so tiap2 hari korang mesti nak tengok ada update terbaru ke tak. Bilangan blog yang korang nak tenguk tu mesti bukan satu atau 2 je, sure banyak gak. So, korang simpan la address kat bookmark atau letak link kat blog korang sendiri. Tapi, kadang-kadang mesti tension gak bile masuk je blog tu, takde perkembangan terkini.. hehe..

Okey... untuk itu, aku perkenalkan satu tools baru yang aku dah guna untuk baca blog2 kegemaran aku sendiri. So, kepada yang belum jumpa penyelesaian ini, korang pun bleh cuba. Google Reader


Dengan tools ni, korang bleh himpunkan segala mak datuk jenis blog yang korang nak follow. Apa yang perlu ialah masukkan address blog yang korang berkenan tu. Google Reader ni berfungsi mcm email korang. Bila ada update kat blog berkaitan, terus korang bleh nampak kat ruangan Google Reader ni. So, tak perlu la nak check satu2. Haa... try la kalu, mesti korang suka punya.

Antara kelebihan-kelebihannya :
  • Korang bleh baca kandungan blog dengan lebih pantas sebab Google Reader hanya tangkap maklumat yang boleh dibaca (text) tanpa memaparkan hiasan2 atau iklan2 yang kadang2 tu melambatkan loading blog tu.
  • Korang bleh browse semua posting yang lepas2 dlm blog tersebut dengan pantas, tak perlu klik page by page... leceh je kan.
  • Kalau nak tengok blog mana yang update, senang je. dengan hanya satu klik dah bleh tengok semua. Korang baca la sampai pengsan
  • Menyediakan keyboard shortcut
  • ianya percuma.. so, try la hari ini.
Related Posts with Thumbnails

No comments: